Karangan
ammar syahmi
Tajuk:
pegalaman berkhelah di tepi pantai
Pada
suatu hari, aku dan adik sedang leka menonton televisyen. Tiba-tiba, ayah
muncul di hadapanku.ayah mengajak kami
pergi berkhelah di tepi pantai. Aku dan adik melompat kegembiraan.kami
bercadang untuk pergi pada esok hari.
Menjelang
esok, kami bersiap-siap untuk pergi ke pantai.Ibu membawa bekalan untuk pergi
ke sana. Aku dan adik sudah berada di dalam kereta. Ibu dan ayah sedang
memeriksa keadaan rumah seperti memeriksa dapur gas , memeriksa suis dan
lain-lain. Sebelum pergi, ayah mengunci pintu. Kami bertolak ke sana kira-kira
jam sepuluh pagi. Di dalam perjalanan aku membaca buku sambil berbual-bual
kosong.
Akhirnya
kami sampai juga di pantai. Perjalanan itu mengambil masa selama setengah jam. Kami mencari tempat duduk yang sesuai. Akhirnya, kami jumpa juga
iaitu di bawah pokok yang rending. Kami menghampar tikar yang dibawa dari rumah
dan mengeluarkan bekalan. Aku dan adik menukar baju yang sesuai. Aku meniup
pelanpung yang dibeli di kedai berhampiran untuk adik kecilku.
Aku
dan adik bermandi-manda di pantai. Ayah mengajarku berenang dengan betul.
Akhirnya aku berjaya berenang. Ayah menyewa sebuah motobot. Selepas puas
bermain air, ibu memanggil kami untuk makan dan minum. Selepas makan dan minum,
kami berkemas untuk pulang ke rumah. Aku dan adik membuang sampah ke dalam tong
sampah yang disediakan.
Hatiku
berasa berat untuk meninggalkan pantai. Hatiku juga berasa gembira kerana dapat
bermandi-manda di pantai.aku akan pergi ke sini pada masa akan datang.