Monday, 24 September 2012

karangan luqman and akmal


KARANGAN: LUQMAN DAN AKMAL
TAJUK: GURU YANG SAYA SAYANGI


Saya mempunyai guru yang bertanggungjawab dan mengambil berat tentang murid – murid iaitu Cikgu Haspah. Beliau merupakan guru yang mengajar kami dalam mata pelajaran Kajian Tempatan, Pendidikan Sivik dan Muzik. Walaupun beliau garang tetapi hatinya baik dan seorang penyayang.

Cikgu Haspah merupakan guru rumah sukan Zuhal. Beliau juga akan mengaturkan aktiviti sukan kepada murid – murid. Cikgu Haspah seorang guru yang aktif dalam acara sukan. Kami sangat mengkagumi cara beliau mengajar ikhlas dan jujur.
Kami suka Cikgu Haspah kerana beliau hebat mengajar kami dalam matapelajaran Muzik. Yang paling kami kagumi ialah semasa cikgu mengajar mata pelajaran muzik kerana beliau hebat menggunakkan alat muzik. Beliau mengajar kami sampai pandai menggunakkan alat muzik.Walaupun banyak membuat kesilapan dengan menggunakkan alat muzik tetapi beliau sabar.

Akhir sekali, beliau juga cikgu yang suka memberi nasihat kepada murid – murid yang melakukan kesilapan kecil. Pada hari guru beliau mendapat hadiah gelaran guru yang tercantik di dalam SK Jalan Pasar 1. Kami berterima kasih kepada beliau kerana Cikgu Haspah banyak berjasa kepada sekolah dan murid – murid.