KARANGAN NUR HALIMATUL DAN KELUARGA.
TAJUK: PENGALAMAN BALIK KAMPUNG DI SABAH.
Pada
cuti hujung minggu yang lalu, aku dan keluarga ingin balik ke kampung di Sabah.Aku
bersiap sedia untuk pergi ke kampung.Aku membawa barang-barang yang perlu di
bawa ke sana.Aku bertolak pada pukul 12.00 tengah hari.Aku menaiki kapal
terbang Malaysia (MAS).Sebelum bertolak, aku dan keluargaku menaiki teksi untuk
pergi ke KLIA.Setelah kami sampai di KLIA, aku dan keluargaku menjamu selera di
KFC.
Setelah kami
menjamu selera di KFC, aku dan keluargaku sembahyang zohor di surau yang
berdekatan.Setelah habis kami bersembahyang bersama-sama, kami mendaftarkan
diri untuk menaiki kapal terbang.Setibanya kami di kapal terbang, aku
tergesa-gesa duduk di tepi tingkap.Sebelum kapal terbang bertolak, kami diberi
arahan untuk menjaga keselamatan semasa di kapal terbang.Pramugari menjangka
masa untuk sampai ke sana ialah jam 6.00 petang.Pramugari memberi makanan kepada
kami semua.
Setelah
kami sampai ke sana, ayahku menelefon pak cikku dan memberitahu bahawa kami
telah sampai ke sana.Setibanya pak cikku di sana, aku segera bersalaman
dengannya dan terus menaiki kereta yang di bawanya.Setibanya kami di kampung,
kami segera mengangkat barang untuk di bawa ke dalam rumah nenekku.Setelah kami
mengangkat barang, kami terus bersalam-salaman dengan nenekku.Aku berasa lega
kerana selamat tiba di kampungku.
Pada keesokkan
harinya, aku dan keluargaku bersarapan pagi sambil berbual-bual kosong.Ibuku
mengajak aku untuk pergi ke Bandar untuk membeli cenderemata kepada
kawan-kawanku yang berada di Kuala Lumpur.Setelah seminggu kami di kampung
nenekku, aku dan keluargaku ingin ke kampung mak cikku iaitu Pulau
Sebatik.Sebelum kami bertolak, kami menunggu kereta pak cikku untuk pergi ke Bandar.Setibanya
kami di Bandar, kami menuju ke sungai untuk menaiki perahu.Dalam perjalanan
untuk pergi ke kampung mak cikku, aku melihat keindahan di sungai seperti
burung-burung berkicauan.
Setibanya
kami di kampung mak cikku, ibuku meminta sepupuku untuk mengangkat barang yang
kami bawa.Pada keesokkan harinya, ibuku dan ayahku telah pergi ke Bandar untuk
membeli tiket untuk balik ke Kuala Lumpur.Ibuku memberitahu bahawa tarikh untuk
balik ke sana ialah 3/1/2012.Ayahku mencadangkan bahawa sebelum pulang ke Kuala
Lumpur, kami pergi ke kampung nenekku dahulu.
Setelah
sampai ke kampung nenekku, kami mengemas barang untuk pulang ke sana.Ayahku memberitahu
nenekku bahawa esok kami akan pulang ke sana.
Pada
keesokkan harinya, sementara menunggu kereta pak cikku, kami bersalam-salaman
dengan nenekku.Setibanya kereta pak cikku, kami segera menaiki kereta tersebut
untuk pergi ke KLIA.Setibanya kami di KLIA, kami segera ke kapal terbang untuk
menaikinya.Kami selamat tiba di Kuala Lumpur.Ayahku menelefon abang sepupuku
untuk mengambil kami di lapangan terbang.Akhir sekali, abang sepupuku tiba di
lapangan terbang untuk mengambil kami.Aku berasa letih tetapi aku berasa
gembira kerana dapat pulang ke kampung pada tahun ini.Aku berharap dapat pulang
ke kampung pada tahun depan lagi.