Karangan Qistina Sarah
Tajuk : Guru Yang Saya Sayangi
Saya sayang kepada semua guru yang pernah mengajar saya. Mereka juga telah menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka dengan bagus. Tetapi, saya lebih menyayangi Cikgu Haizrin. Mungkin disebabkan hubungan kami semakin erat, saya lebih selesa bersamanya. Beliau juga merupakan ibu angkat saya dan bagi saya penampilannya sangat mencuit hati saya.
Saya ingin membuatnya gembira akan tetapi saya sering melepaskan peluang itu. Beliau banyak memberi sokongan kepada saya ketika saya bertanding di dalam pertandingan bercerita. Beliau juga selaku guru Bahasa Inggeris Tahun 6 Bestari.
Ketika pertandingan bercerita itu bermula, saya berasa amat gementar tetapi Cikgu Haizrin memberi sokongan kepada saya yang tiada hadnya, walaupun dia sedang sarat mengandung. Saya banyak membuat beliau kecewa dengan kegagalan saya mahupun sikap saya. Ketiadaannya amat dirasai oleh semua murid Tahun 6 Bestari. Cikgu Haizrin juga merupakan guru yang garang apabila berdepan dengan murid Tahun 6 Bestari.
Beliau tidak pernah mengenal erti penat dan lelah ketika mengajar dan mendidik saya menjadi insan yang berguna pada masa hadapan. Justeru, saya amat berharap Ujian Penilaian Sekolah Rendah itu adalah satu lagi peluang untuk membuat beliau bangga. Saya ingin menghadiahkan kejayaan itu kepada ibu bapa dan Cikgu Haizrin. Beliau sentiasa berada di sisi kami ketika kami menghadapi saat-saat yang sukar. Saya amat berharap yang murid-murid Tahun 6 Bestari tidak pernah melupakan jasa-jasa beliau seperti “Kacang yang lupakan kulit”.