Tuesday 26 June 2012

Karangan Asy

Karangan cereka
       Apabila sampai di Simpang Empat,kami membawa haluan masing-masing . Aku meneruskan perjalanan ke rumah. Entah mengapa, aku merasakan malam ini agak berlainan. Hanyunan kaki semakin kupercepatkan.
       Hanya satu sahaja di hatiku, iaitu untuk sampai ke rumah dengan segera. Tanpa ku duga, aku tersepak batu. Aku terjatuh. Lututku berdarah. Aku kesakitan. Aku cuba bangun dan berjalan semula.
       Tidak semena-mena aku ternampak lembaga melambai-lambai padaku. Perutku berasa kecut. Lututku menggigil. Beg mengaji kupeluk erat. Tanpa menoleh kebelakang aku membuka langkah seribu. Aku menjerit meminta tolong. Sayup-sayup aku terdengar suara tertawa nyaring.
       Aku beredah segala apa sahaja yang menghalang laluanku. Aku terjatuh beberapa kali, bangun dan terus berlari kembali.  Bagai terasa semakin aku berlari, semakin jauh rumahku.
       Sesampai dirumah aku mengetuk pintu berulang kali. Ibu yang membuka pintu terkejut dengan sikapku. Aku terus terus menuju ke bilik. Aku tidak ingin menceritakan peristiwa tersebut kepada sesiapa kerana tidak mahudianggap pengecut. Lagipun aku memang terkenal dengan sifat berani.
       Keesokan harinya,aku diperli oleh rakan-rakan di sekolah. Aku dikatakan lari lintang pukang malam tadi. Barulah aku tahu bahawa mereka mempermainkan aku. Sejak hari itu aku bertaubat dan tidah mahu bercakap besar lagi.