Monday 17 September 2012


Karangan : Akmal  & Iman
   Tajuk : pengalaman ke perkhemahan
         Pada hari sabtu yang lalu , Sekolah Kebanggsaan Jalan Pasar 1  telah mengadakan perkhemahan ke Ulu Langat, Semua murid berasa sungguh gembira kerana dapat menyertai perkhemahan.Kami bersiap untuk menunggu bas di luar sekolah.
         Selepas itu, bas kami sudah tiba. Semua murid beratur untuk memasuki ke bas. Dalam perjalanan , Cikgu Azmi mengigati kami supaya menjaga disiplin di sana.
           Selepas itu , tempat kami untuk berkhemah sudah sampai . Kami diarahkan untuk meletakkan beg di dewan Hentian Resot . Kami diarahkan untuk beratur membuat kawat kaki bersama Cikgu A zim. Kami buat dengan bersungguh sungguh membuat kawat kaki.
       
       Selepas habis membuat kawat kaki. Kami memasang khemah masing masing yang diarahkan oleh Cikgu Amin.
Kami diajarkan membuat khemah. Seterusnya kami diarahkan untuk berehat dan makan makanan yang disediakan oleh cikgu. Kami solat berjemaah di dewan tersebut.
        Pada pukul  10 : 30  malam , kami diarahkan berkumpul di luar dewan kerana kami akan mengikuti aktiviti yang menakutkan iaitu Night Walk di hutan. Kami diarahkan berjalan seramai 2  orang. Kami pun merentasi hutan dengan berhati hati. Walaupun menakutkan tetapi kami sangat gembira kerana dapat merentasi halangan di hutan.Akhirnya sampai juga kami di garisan penamat. Kami dihidangkan makanan ringan selepas habis aktiviti tersebut.
       Pada keesokan harinya, Cikgu kami mengarahkan kami mengemas barang barang kerana hari itu adalah hari terakhir kami berada di Ulu Langat di Hentian Resot.
Walaupun penat kami berasa sungguh gembira.