Monday 17 September 2012

karangan ammar syahmi


Karangan ammar syahmi
Tajuk: pegalaman berkhelah di tepi pantai

Pada suatu hari, aku dan adik sedang leka menonton televisyen. Tiba-tiba, ayah muncul di hadapanku.ayah  mengajak kami pergi berkhelah di tepi pantai. Aku dan adik melompat kegembiraan.kami bercadang untuk pergi pada esok hari.
Menjelang esok, kami bersiap-siap untuk pergi ke pantai.Ibu membawa bekalan untuk pergi ke sana. Aku dan adik sudah berada di dalam kereta. Ibu dan ayah sedang memeriksa keadaan rumah seperti memeriksa dapur gas , memeriksa suis dan lain-lain. Sebelum pergi, ayah mengunci pintu. Kami bertolak ke sana kira-kira jam sepuluh pagi. Di dalam perjalanan aku membaca buku sambil berbual-bual kosong.
Akhirnya kami sampai juga di pantai. Perjalanan itu mengambil masa  selama setengah jam. Kami mencari tempat  duduk yang sesuai. Akhirnya, kami jumpa juga iaitu di bawah pokok yang rending. Kami menghampar tikar yang dibawa dari rumah dan mengeluarkan bekalan. Aku dan adik menukar baju yang sesuai. Aku meniup pelanpung yang dibeli di kedai berhampiran untuk adik kecilku.
Aku dan adik bermandi-manda di pantai. Ayah mengajarku berenang dengan betul. Akhirnya aku berjaya berenang. Ayah menyewa sebuah motobot. Selepas puas bermain air, ibu memanggil kami untuk makan dan minum. Selepas makan dan minum, kami berkemas untuk pulang ke rumah. Aku dan adik membuang sampah ke dalam tong sampah yang disediakan.
Hatiku berasa berat untuk meninggalkan pantai. Hatiku juga berasa gembira kerana dapat bermandi-manda di pantai.aku akan pergi ke sini pada masa akan datang.