Monday 24 September 2012

karangan ammar dan farid


KARANGAN AMMAR SYAHMI DAN FARID AMIRUL
TAJUK : GURU YANG SAYA SAYANGI

     Kami  mempunyai guru yang bertanggungjawab dan mengambil berat tentang murid – murid iaitu Cikgu Haizrin. Beliau merupakan guru yang mengajar kami dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris dan merupakan guru kelas kami.
Beliau juga merupakan guru rumah sukan saya. Beliau juga akan mengatur aktiviti pelajaran kepada murid—murid. Beliau seorang guru yang aktif dalam acara sukan. Kami sangat mengaguminya dalam aspek pendidikan.
Kami suka Cikgu Haizrin kerana beliau selalu bersabar dengan kerenah kami. Beliau juga suka memberi nasihat kepada kami. Dia telah mengajar kami sampai pandai dan Berjaya.
Akhir sekali, kami berasa sangat bangga kerana mendapat seorang guru seperti beliau. Kami akan membalas budi baik cikgu selama ini.