Monday 24 September 2012

karangan halimatul,nabila dan nurin


      Karangan : HaLiMaTuL ,NaBiLa dan NuRin <!--[if !vml]--><!--[endif]-->
      Tajuk karangan : Guru yang kami sayangi ..
      Kami sayang akan semua guru yang telah mengajar kami.Mereka telah menjalankan tugas mereka dengan penuh ketekunan.Tetapi kami lebih menyayangi Cikgu Haizrin .Beliau mengajar kami Bahasa Inggeris.Beliau ialah guru kelas kami.Beliau ialah seorang guru yang penyabar dan penyayang.Beliau juga , seorang yang peramah dan seorang yang rajin bekerja walaupun sedang sarat mengandung.Kami banyak mengecewakannya dengan kegagalan yang kami lakukan.Beliau telah banyak berkorban demi kami untuk mengajar dan menimba ilmu yang beliau ada.
         Semenjak beliau cuti bersalin,Cikgu Sara telah mengambil alih sebagai guru kelas sementara.Cikgu Sara seorang guru yang prihatin sama seperti Cikgu Haizrin.Cikgu Sara juga mengajar kami matapelajaran Sains.Kami amat berbangga mempunyai guru seperti Cikgu Haizrin dan Cikgu Sara.Kami amat menghargai jasa-jasa Cikgu Sara dan Cikgu Haizrin kerana banyak mencurahkan ilmu kepada kami dengan sabar tanpa mengenal penat lelah.