Monday 17 September 2012

karangan nurun nabila dan keluarga


Karangan Nurun Nabila dan keluarga.

Tajuk : Pengalaman berkelah bersama keluarga di Port Dickson.

      Pada cuti hujung minggu yang lalu, aku dan keluargaku ingin berkelah di Port Dickson.Aku dan keluarga bersiap sedia untuk pergi ke sana.Aku dan keluargaku membawa barang-barang yang perlu.Kami bertolak ke sana pada pukul 8.00 pagi.Kami menaiki kereta untuk pergi ke sana.Ayahku memasukkan barang-barang lalu memasukkan ke dalam bonet kereta.
      Dalam perjalanan, kami melihat suasana di luar sana seperti burung-burung berkicauan,pelbagai bunga berwarna-warni dan lain-lain lagi.Aku dan keluargaku berbual-bual sambil mendengar radio.Kami berhenti di tempat rehat untuk menjamu selera di kedai.Setelah kami habis menjamu selera, kami meneruskan perjalanan kami pergi ke Port Dickson.
      Setibanya kami sampai di destinasi kami,aku melihat ramai orang di pantai itu.Aku melihat keindahan di sana seperti burung berkicauan,udara yang segar,ombak yang besar dan lain-lain lagi.Ayahku mencari tempat yang sesuai untuk kami berteduh.Aku dan ibuku mengangkat barang-barang yang kami bawa.Selepas habis aku dan ibuku mengangkat barang, aku dan abangku segera terjun ke pantai.Ayahku membaca surat khabar di pokok yang rendang sambil mendengar radio manakala ibuku menyediakan makanan untuk dinikmati bersama-sama.Setelah puas aku dan abangku bermandi-manda aku dan abangku membina istana pasir yang besar.
       Selepas kami membina istana pasir, ibuku memanggil aku dan abangku untuk makan tengah hari.Kami berbual-bual sambil melihat suasana di pantai.Selepas itu, ayahku membawa aku pergi memancing bersama-sama abangku.Ayahku telah berjaya mendapat tiga ekor ikan.Ayahku menyuruh aku dan abangku untuk mencari kayu untuk membakar ikan yang telah ditangkap oleh ayahku untuk di bawa pulang.
      Kami pun menjamu selera di bawah pokok yang rendang.Kami menjamu selera sambil berbual-bual.Pada saat yang terakhir, aku dan keluargaku ingin pulang ke tempat asal kami iaitu Kuala Lumpur.Kami mengemas barang-barang.Kami disuruh oleh ayahku untuk mengutip sampah di tempat yang kami berkelah lalu memasukkannya ke dalam plastik bag hitam.Aku pun membuang sampah ke dalam tong sampah yang telah disediakan.Kami bertolak pada pukul 6.30 petang.Aku berasa keletihan tetapi aku berasa gembira kerana aku