Monday 1 October 2012

KARANGAN ALI DAN ABU

TAJUK :  PENGALAMAN KE GUNUNG BERAPI DI INDONESIA

Karangan Leow Kar Ling
 Malam itu cuaca agak dingin. Aku dan kawan-kawan baru sahaja keluar dari rumah Haji Dollah. Kami baru lepas mengaji.
         Apabila sampai di Simpang Empat, kami membawa haluan masing-masing . Aku meneruskan perjalanan menuju ke rumah. Entah mengapa, aku merasakan malam ini agak berlainan. Hayunan kaki kupercepatkan.
          Hanya satu sahaja di hatiku, iaitu untuk sampai ke rumah dengan segera. Tanpaku duga, aku tersepak batu. Aku terjatuh . Lututku berdarah. Aku kesakitan. Aku cuba bangun dan berjalan semula.
          Tidak semena-mena aku ternampak lembaga putih melambai-lambai kepadaku. Perutku terasa kecut. Lututku menggigil. Beg mengaji kupeluk erat. Tanpa menoleh ke belakang aku  membuka langkah seribu. Aku menjerit meminta tolong. Aku mendengar  suara tertawa nyaring.
          Aku meredah segala apa sahaja yang menghalang laluanku. Aku terjatuh beberapa kali, bangun dan terus berlari kembali . Bagai terasa, semakin lama aku berlari, semakin jauh rumahku.
          Sesampai di rumah, aku mengetuk pintu berulang kali. Ibu membuka pintu, terkejut denang sikapku .Aku terus menuju ke bilik. Tidak ingin menceritakan peristiwa tersebut kepada sesiapa kerana tidak mahu dianggap pengecut. Lagipun aku memang terkenal dengan sifat berani.
         Keesokan harinya, aku diperli oleh rakan-rakan di sekolah. Aku dikatakan lari lintang –pukang malam tadi. Barulah kutahu bahawa mereka mempermainkan aku. Sejak hari itu, aku bertaubat tidak mahu bercakap besar lagi.