Thursday 25 September 2014

PROGRAM BULAN DAKWAH 1435H/2014M

Tarikh pelaksanaan: 14-18 Julai 2014
Masa:   i) Perhimpunan pagi
                   ii) PdP Pendidikan Islam
Tempat: Kelas dan Bilik j-Qaf
Murid terlibat: Semua murid beragama Islam


             Panitia Pendidikan Islam telah menjalankan aktiviti Program Bulan Dakwah pada 14-18 Julai 2014. Antara aktiviti  yang dijalankan termasuklah tazkirah pagi, pertandingan mewarna dan mencipta poster, pertandingan tulisan cantik, mengedar risalah serta pameran bunting. Aktiviti tazkirah diadakan ketika perhimpunan pagi manakala pertandingan mewarna dan mencipta poster diadakan sewaktu sesi PdP Pendidikan Islam di dalam kelas dan Bilik j-Qaf. Bunting berkaitan menutup aurat digantung dan dipamerkan di tempat-tempat terbuka seperti dataran perhimpunan, surau dan di hadapan Bilik j-Qaf. Risalah menutup aurat pula diedarkan untuk setiap kelas. Majlis kemuncaknya iaitu Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah kepada para pemenang telah diadakan pada 18 Julai 2014 di Bilik Media. Hadiah kepada pemenang telah dismpaikan oleh Guru Besar Sekolah, Pn Tay Mee Yong.

           Sepanjang aktiviti tersebut dijalankan ,semua guru memainkan peranan dengan meluangkan masa serta membantu GPI dalam menjayakan program seperti yang dirancang. Panitia mengharapkan aktiviti seumpama ini dapat diteruskan di masa akan datang dan mendapat sambutan yang menggalakkan dari pihak sekolah dan guru-guru semua.