Thursday 30 October 2014

PROGRAM GETTING STARTED WITH JAVA USING ALICE

PROGRAM GETTING STARTED WITH JAVA USING ALICE

Program Getting Started With Java Using Alice telah disebarkan di kalangan murid-murid tahun 4 dan tahun 5 di SK Jalan Pasar 1 bagi penambahan dan meningkatkan pengetahuan murid-murid dalam kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi di SK Jalan Pasar 1. Selain itu, program ini membantu proses pembudayaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi di sekolah ini.

TEMA
GETTING STARTED WITH JAVA USING ALICE

 OBJEKTIF
Meningkatkan penguasaan TMK murid-murid dan guru-guru.
Menghasilkan asas animasi 3D yang berkualiti.
Pendedahan asas pengaturcaraan Java.
Meningkatkan minat murid-murid terhadap pengetahuan TMK.


TARIKH PELAKSANAAN
Taklimat Alice kepada murid-murid : 8- 9 September 2014
Bengkel Alice 1 murid-murid tahun 4 dan 5 : 11 September 2014
Bengkel Alice 2 murid-murid tahun 4 dan 5 : Selepas PKSR 2, 17 Oktober 2014 (Program Selepas PKSR2)
Bengkel Alice 3 murid-murid tahun 6 : Selepas UPSR, 9 Oktober 2014 (Program Selepas UPSR)
Bengkel Alice 4 untuk guru-guru : LDP ke 7 (tarikh masih belum ditetapkan)

 AKTIVITI –AKTIVITI
Pengenalan Kepada Alice
 Permulaan Perisian Alice
 Pengenalan kepada setup scene dan
 Penggunaan object, procedure, scene
 Penggunaan Statement dan Functions
Penggunaan Expressions dan Camera Angels
 Penggunaan Random Control to manipulate motion
 Mini projek Animasi




Program Getting Started With Java Using Alice mendapat sambutan yang menggalakkan di kalangan murid-murid tahun 4 dan tahun 5 kerana proses penghasilan animasi. Murid-murid teruja dengan penggunaan object dan motion animasi. Bengkel seterusnya akan dijalankan dalam program selepas PKSR 2 di atas permintaan murid-murid tahun 4 dan tahun 5. Bengkel Alice juga akan dijalankan kepada murid-murid tahun 6 di atas permintaan daripada murid tahun 6 kerana mereka selalu tertanya-tanya bagaimana animasi dihasilkan. Bengkel kepada guru-guru yang berminat akan diselitkan dalam sesi Latihan Dalam Perkhidmatan ke 7 (LDP 7) pada tarikh yang akan ditetapkan pada masa akan datang.

Sekian, terima kasih.