Luqman and Farid
AMALAN NILAI MURNI DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN
Nilai
bekerjasama patut diamalkan setiap masa tanpa mengira kaum. Kita mestilah
bekerjasama semasa melakukan sesuatu di dalam kumpulan supaya kerja itu menjadi
mudah untuk dilakukan.
Selain itu,
kita mestilah memupuk sikap jujur dan ikhlas dalam suatu pekerjaan yang kita
lakukan. Di samping itu,kita juga perlu mengamalkan sikap ini di kalangan
jiran-jiran agar dapat membentuk masyarakat yang aman dan makmur.
Kita juga perlu
mengamalkan sikap mengambil berat terhadap rakan – rakan dan keluarga kita.
Oleh itu, kita juga wajarlah menolong seseorang yang perlukan bantuan dalam
kesusahan.
Seterusnya,
kita mestilah berdisiplin dan beradap ketika belajar, beratur dan sebagainya.
Amalan ini patut kita pupuk supaya
tingkah laku kita akan menjadi sopan dan beradap.
Akhir
sekali, kita wajarlah tanam sikap kasih sayang terhadap rakan – rakan dan ahli
keluarga kita supaya dapat mengeratkan hubungan siratulrahim antara satu sama lain
terhadap kaum yang terdapat di negara kita.