Karangan Nadhira dan Fatihah
Tajuk : Pengalaman Bercuti di Pulau Langkawi
Pada cuti hujung minggu yang lalu ,aku dan rakanku telah pergi bercuti di Pulau Langkawi . Apabila hari yang kami hendak pergi telah dinanti ,kami telah menyediakan barang – barang yang perlu dibawa untuk ke sana.
Setelah 3 jam kami pun telah sampai ke tempat yang dituju. Kami berasa gembira kerana perjalanan kami selamat untuk datang ke sini.Setelah tiba di lapangan terbang , kami mencari hotel untuk menginap selama dua hari satu malam . Apabila sudah menempah hotel, kami mengambil masa selama satu jam untuk berehat.
Selepas berehat selama satu jam,kami ke bawah untuk mengambil udara yang segar. Selang beberapa minit , kami bercadang untuk mengisi perut yang kelaparan di restoran yang berhampiran. Kami tertarik dengan masakan yang sungguh lazat berhampiran dengan pantai.
Kami bercadang untuk melihat keindahan matahari yang terbenam di atas jeti.Kami tidak menyangka bahawa begitu cantik apabila matahari terbenam .
Pada keesokan harinya , kami pergi ke cafeteria untuk bersarapan pagi .Setelah kami selesai bersarapan, kami bercadang untuk `pergi ke kedai cenderamata kerana untuk membeli beberapa hadiah untuk dibawa pulang. Ini sahaja yang dapat kami sampaikan.