Thursday, 25 September 2014

IHYA’ RAMADHAN DAN MAJLIS KHATAM AL-QURAN 1435H/2014M

Tarikh pelaksanaan: 30 Jun – 25 Julai 2014 (SepanjangRamadhan)
Masa: 10.40 pagi - 11.00 tengahari
Tempat: Bilik Media, Surau dan Bilik j-QAF
Murid terlibat: Semua murid beragama Islam


     Panitia Pendidikan Islam telah menjalankan beberapa aktiviti sepanjang Bulan Ramadhan Al-Mubarak.Aktiviti tersebut bermula pada30 Jun – 25 Julai 2014.Antara pengisian yang dijalankan termasuklah tazkirah setiap pagi Jumaat, Tadarus Al-Quran ,Bacaan Iqra’ dan Hafazan Surah pada waktu rehat. Manakala majlis kemuncaknya berakhir dengan Majlis Khatam Al-Quran dengan menggabungkan dua buah sekolah iaitu SK Jalan Pasar 1 dan SK Jalan Pasar 2.

          Sepanjang aktiviti tersebut dijalankan ,semua guru memainkan peranan dengan meluangkan masa serta membantu GPI dalam menjayakan program seperti yang dirancang. Panitia mengharapkan aktiviti seumpama ini dapat diteruskan di masa akan datang dan mendapat sambutan yang menggalakkan dari pihak sekolah dan guru-guru semua.