Tarikh pelaksanaan: 14-18 Julai 2014
Masa: i)
Perhimpunan pagi
ii)
PdP Pendidikan Islam
Tempat: Kelas dan Bilik j-Qaf
Murid terlibat: Semua murid beragama Islam
Panitia Pendidikan Islam telah menjalankan aktiviti Program Bulan Dakwah
pada 14-18 Julai 2014. Antara aktiviti yang dijalankan termasuklah tazkirah pagi, pertandingan
mewarna dan mencipta poster, pertandingan tulisan cantik, mengedar risalah serta
pameran bunting. Aktiviti tazkirah diadakan ketika perhimpunan pagi manakala pertandingan
mewarna dan mencipta poster diadakan sewaktu sesi PdP Pendidikan Islam di dalam
kelas dan Bilik j-Qaf. Bunting berkaitan menutup aurat digantung dan dipamerkan
di tempat-tempat terbuka seperti dataran perhimpunan, surau dan di hadapan
Bilik j-Qaf. Risalah menutup aurat pula diedarkan untuk setiap kelas. Majlis kemuncaknya
iaitu Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah kepada para pemenang telah diadakan
pada 18 Julai 2014 di Bilik Media. Hadiah kepada pemenang telah dismpaikan oleh
Guru Besar Sekolah, Pn Tay Mee Yong.
Sepanjang aktiviti tersebut dijalankan ,semua guru memainkan peranan dengan
meluangkan masa serta membantu GPI dalam menjayakan program seperti yang
dirancang. Panitia mengharapkan aktiviti seumpama ini dapat diteruskan di masa akan
datang dan mendapat sambutan yang menggalakkan dari pihak sekolah dan guru-guru
semua.