Surat Kiriman
Tidak Rasmi
Nisa Fadilah Bt Kamaruddin Jamair,
No.3B
Jalan Beruang Off Jalan Pasar
55100
Kuala Lumpur.
3
Mac 2012
Ke
hadapan nendaku yang kusayangi.Apa khabar nenda di sana?Cucunda mengharapkan
nenda berdua sihat.Ahli keluarga di sini sihat-sihat sahaja. Nenda yang kusayangi,
Tujuan cucunda
menulis surat ini ini adalah untuk memberitahu nenda bahawa, kami sekeluarga bercadang untuk pulang bercuti di
kampung nenda, pada cuti semester nanti.
Cucunda ingin
mengetahui di kampung nenda. Adakah musim buah-buahan sudah bermula? Cucunda mengharapkan musim buah-buahan
sudah bermula.
Cucunda ingin
meminta nenda berdua tidak melakukan kerja-kerja berat, kerana cucunda takut
terjadi apa-apa pada nenda. Cucunda berharap agar nenda menunggu kehadiran kami
sekeluarga.Cucunda meminta nenda masakkan lauk
kegemaran cucunda, kerana cucunda merindukan masakan nenda yang sedap sehingga
menjilat jari.
Kami sekeluarga,
menyampaikan salam keluarga kepada nenda berdua.Semoga nenda berdua sihat
selalu.
Yang ikhlas,
Nisa
Fadilah Bt Kamaruddin Jamair