Monday 18 June 2012

Karangan Nur'Ain Maisarah Binti Abdul Halim.


Sekolah Selamat Menjamin Kejayaan Murid

Setiap  murid suka belajar di sekolah yang bersih,ceria dan selesa. Oleh itu,pihak sekolah yang menyediakan tempat belajar yang sesuai bagi murid-muridnya.Kementerian Pelajaran menyarankan agar semua sekolah di negara ini dalam keadaan selamat.
Setiap sekolah dibekalkan dengan pengawal keselamatan akan memantau keadaan sekolah sepanjang hari.Selain itu,kawasan sekolah perlu dipagar dengan rapi supaya tiada pencerobohan berlaku.
Murid-murid harus diberikan kesedaran agar sama-sama menjaga kawasan sekolah. Perbuatan vandalisme perlu dicegah. Antara unsur vandalisme termasuklah perbuatan menconteng dinding sekolah,memecahkan cermin tingkap dan merosakkan harta benda sekolah.
Warga sekolah akan berasa lebih selesa dan selamat jika persekitaran sekolah bersih dan ceria. Pepohon yang menghijau pokok-pokok bunga yang ditanam dengan rapi,tandas yang bersih dan lantai yang tidak licin merupakan cirri yang dapat dikaitkan dengan sekolah selamat.
Jika sesebuah sekolah itu selamat, pencapaian akademik sekolah akan turut meningkat.Hal ini demikian kerana suasana pembelajaran dapat dijalankan dengan baik,mudah dan teratur.Keceriaan akan dapat menyegarkan minda. Kebersihan pula dapat menjamin kesihatan murid-murid.Jika suasana pembelajaran dapat dijalankan dengan baik tidak mustahil pencapaian murid-murid akan meningkat.