Monday 18 June 2012

Karangan Abdul Rahman bin Varusai Mohammad

                                                 Cegah Sebelum Parah (BERITA).                                                 
                                                     Warga asing dijatuhkan
                                                 hukuman gantung sampai mati.

Putrajaya , 24 April 2007-Mahkamah Tinggi hari ini telah menjatuhkan hukuman gantung sampai mati kepada James Bond , 18 tahun dari Amerika Syarikat.

    Warga asing tersebut didapati bersalah kerana memiliki dadah. Dia ditangkap semasa berada di ibu kota pada 15 Januari 2005.

    Dia diekori hingga ke Jalan Tunku Abdul Rahman. Apabila tiba di hotel penginapannya pemuda itu telah ditahan kerana terdapat 100 gram heroin di dalam biliknya.

    Penangkapan itu menarik perhatian orang ramai kerana itulah kali pertama warga asing ditahan. Perbicaraan itu dibicarakan selama tiga minggu. Dia dibuktikan bersalah.

    Hakim telah menjatuhkan hukuman mandotari kepada warga asing itu. Hukuman tersebut di bawah Seksyen 3.9 B Akta Dadah Berbahaya 1952 (Pindaan 1983) menjatuhi hukuman gantung. Warga asing itu dibawa ke Penjara Kajang dan menantikan hukuman gantung sampai mati dijalankan.

    Hakim berharap hukuman itu menjadi amaran kepada orang lain supaya tidak melakukan kegiatan mengedar dadah.