Monday 18 June 2012

Karangan Siti Norlaila Binti Ismail

      Peristiwa Di Pantai Teluk Kemang

   Aku dan keluarga berasa kagum melihat keindahan Pantai Teluk Kemang yang cantik.  Inilah kali pertama aku menjejak kaki ke pantai tersebut. Udaranya sungguh nyaman membuatkan aku  berasa sungguh tenang.
   Aku sungguh gembira melihat keriangan adik-adik bermain dan membina istana pasir. Melihat keriangan mereka bermain, aku juga turut serta bermain bersama mereka. Kami membina istana pasir bersama-sama.
     Kami melihat ramai pengunjung yang mandi-manda di pantai tersebut. Aku bersama adik-adikku turut serta mandi di pantai tersebut. Ahli keluarga yang lain pula menikmati makanan yang dibawa dari rumah.
      Selepas kami mandi, aku mengambil angin dan berjalan di atas pasir bersama adik-adikku untuk menikmati keindahan pantai. Tiba-tiba, kakiku terpijak kaca yang tertanam di dalam pasir. Darahku mengalir dengan banyak. Aku menahan kesakitan yang teramat sakit.
       Seorang adikku segera berlari untuk memanggil ayahku. Ayahku memberi rawatan kecemasan dulu sebelum dihantar ke klinik berdekatan. Kemudian, aku segera dibawa ke klinik berdekatan dengan menaiki kereta.
         Aku diberi rawatan di klinik berhampiran. Selepas mendapatkan rawatan doktor di klinik berhampiran , kesakitan di kakiku berkurangan. Kemudian, kami sekeluarga pulang ke rumah setelah berkelah di Pantai Teluk Kemang.