Monday 17 September 2012

Karangan QIstina

Oleh : Nur Qistina Sarah binti Mohamed Azhar

Laporan

Laporan Temasya Sukan Tahunan
SEJASA Kali ke-64


        Pada 8 Julai 2012, Sekolah Kebangsaan Jalan Pasar 1 telah mengadakan Hari Temasya Sukan Tahunan SEJASA kali ke-64 . Temasya ini berlangsung di padang sekolah.
  
        Majlis ini dimulakan dengan acara perbarisan dari setiap kontijen-kontijen rumah sukan. Acara perbarisan didahului dengan pembawa bendera kejohanan yang diwakili oleh ahli-ahli Persatuan Pengakap dan Puteri Islam. Dituruti dengan rumah-rumah sukan yang lain. Bagi memberkati lagi majlis, Ustaz Azlan Bin Azhar telah mengetuai bacaan doa.
         
         Selepas itu, majlis diteruskan lagi dengan ucapan daripada Puan Tay Mee Yong selaku guru besar. Puan Asiah binti Mat Noor selaku Yang Dipertua PIBG turut member sepatah dua kata seterusnya merasmikan Majlis Temasya Sukan Tahunan pada hari tersebut. Acara sukaneka juga turut dipertandingkan.
      
          Acara 5X60 meter dimenangi oleh rumah Utarid iaitu rumah kuning. Acara 3X120 meter dimenangi oleh rumah Zuhal iaitu rumah biru. Rumah Zuhal telah dianugerahi dengan gelaran johan tarik tali bagi peserta perempuan. Saudara Ammar Syahmi bin Saberi telah diberi gelaran olahragawan pada tahun ini. Olahragawati telah disandang oleh saudari Nurul Ashyqin binti Azmi.

         Pada akhir majlis itu, acara penyampaian hadiah telah disampaikan oleh Puan Tay Mee Yong.`Johan sukantara dimiliki oleh rumah Zuhal manakala rumah Utarid adalah johan keseluruhan. Rumah Marikh memenangi johan dalam acara perbarisan. Majlis pada hari itu berakhir pada pukul 12.15 tengah hari

Disediakan oleh,
                                                                        11 JULAI 2012
QISTINA
(NUR QISTINA SARAH BINTI MOHAMED AZHAR)
(SETIAUSAHA PERSATUAN PUTERI ISLAM)