Monday 17 September 2012

karangan nur halimatul dan keluarga


KARANGAN NUR HALIMATUL DAN KELUARGA.

TAJUK: PENGALAMAN BALIK KAMPUNG DI SABAH.

         Pada cuti hujung minggu yang lalu, aku dan keluarga ingin balik ke kampung di Sabah.Aku bersiap sedia untuk pergi ke kampung.Aku membawa barang-barang yang perlu di bawa ke sana.Aku bertolak pada pukul 12.00 tengah hari.Aku menaiki kapal terbang Malaysia (MAS).Sebelum bertolak, aku dan keluargaku menaiki teksi untuk pergi ke KLIA.Setelah kami sampai di KLIA, aku dan keluargaku menjamu selera di KFC.
        Setelah kami menjamu selera di KFC, aku dan keluargaku sembahyang zohor di surau yang berdekatan.Setelah habis kami bersembahyang bersama-sama, kami mendaftarkan diri untuk menaiki kapal terbang.Setibanya kami di kapal terbang, aku tergesa-gesa duduk di tepi tingkap.Sebelum kapal terbang bertolak, kami diberi arahan untuk menjaga keselamatan semasa di kapal terbang.Pramugari menjangka masa untuk sampai ke sana ialah jam 6.00 petang.Pramugari memberi makanan kepada kami semua.
      Setelah kami sampai ke sana, ayahku menelefon pak cikku dan memberitahu bahawa kami telah sampai ke sana.Setibanya pak cikku di sana, aku segera bersalaman dengannya dan terus menaiki kereta yang di bawanya.Setibanya kami di kampung, kami segera mengangkat barang untuk di bawa ke dalam rumah nenekku.Setelah kami mengangkat barang, kami terus bersalam-salaman dengan nenekku.Aku berasa lega kerana selamat tiba di kampungku.
         Pada keesokkan harinya, aku dan keluargaku bersarapan pagi sambil berbual-bual kosong.Ibuku mengajak aku untuk pergi ke Bandar untuk membeli cenderemata kepada kawan-kawanku yang berada di Kuala Lumpur.Setelah seminggu kami di kampung nenekku, aku dan keluargaku ingin ke kampung mak cikku iaitu Pulau Sebatik.Sebelum kami bertolak, kami menunggu kereta pak cikku untuk pergi ke Bandar.Setibanya kami di Bandar, kami menuju ke sungai untuk menaiki perahu.Dalam perjalanan untuk pergi ke kampung mak cikku, aku melihat keindahan di sungai seperti burung-burung berkicauan.
       Setibanya kami di kampung mak cikku, ibuku meminta sepupuku untuk mengangkat barang yang kami bawa.Pada keesokkan harinya, ibuku dan ayahku telah pergi ke Bandar untuk membeli tiket untuk balik ke Kuala Lumpur.Ibuku memberitahu bahawa tarikh untuk balik ke sana ialah 3/1/2012.Ayahku mencadangkan bahawa sebelum pulang ke Kuala Lumpur, kami pergi ke kampung nenekku dahulu.
      Setelah sampai ke kampung nenekku, kami mengemas barang untuk pulang ke sana.Ayahku memberitahu nenekku bahawa esok kami akan pulang ke sana.
     Pada keesokkan harinya, sementara menunggu kereta pak cikku, kami bersalam-salaman dengan nenekku.Setibanya kereta pak cikku, kami segera menaiki kereta tersebut untuk pergi ke KLIA.Setibanya kami di KLIA, kami segera ke kapal terbang untuk menaikinya.Kami selamat tiba di Kuala Lumpur.Ayahku menelefon abang sepupuku untuk mengambil kami di lapangan terbang.Akhir sekali, abang sepupuku tiba di lapangan terbang untuk mengambil kami.Aku berasa letih tetapi aku berasa gembira kerana dapat pulang ke kampung pada tahun ini.Aku berharap dapat pulang ke kampung pada tahun depan lagi.