Monday 18 June 2012

Karangan Khatizah;Sekolah Selamat Menjamin Kejayaan Murid

    Setiap murid suka belajar di sekolah yang bersih,ceria dan selesa .Oleh itu,pihak sekolah perlu menyediakan tempat belajar yang sesuai bagi murid-muridnya .Kementerian pelajaran menyarankan agar semua sekolah di negara ini dalam keadaan selamat.
    Setiap sekolah dibekalkan dengan pengawal keselamatan. Pengawal keselamatan akan mementau keadaan sekolah setiap hari .Selain itu, kawasan sekolah perlu dipagar dengan rapi supaya tiada penceroboh berlaku .
    Murid-murid  harus diberikan kesedaranagar sama-sama menjaga kawasan sekolah.Perbuatan vandalisme termasuklah perbuatan menconteng dinding sekolah,memecahkan pasu bunga,memecahkan cermin tingkap dan merosakkan harta benda sekolah.
     Warga sekolah akan berasa lebih selesa dan selamat jika persekitaran sekolah bersih dan ceria.Pepohon yang menghijau, pokok-pokok bunga yang ditanam denan rapi,tandas yang bersih dan lantai yang tidak licin merupakan ciri yang dapat dikaitkan dengan sekolah selamat.
       Jika sesebuah sekolah itu selamat,pencapaian akademik sekolah akan turut meningkat.Hal ini demikian,kerana suasana pembelajaran dapat dijalankan dengan baik,mudah dan teratur.Keceriaan akan dapat menyegarkan minda.Kebersihan pula dapat menjamin kesihatan murid-murid. Jika suasana pembelajaran dapat dijalankan dengan baik,tidak mustahil pencapaian murid-murid akan meningkat.
        
       Sekolah Selamat Menjamin Kejayaan Murid