Monday 17 September 2012

karangan luqman dan farid


Luqman   and   Farid

AMALAN  NILAI MURNI DALAM KEHIDUPAN                                          SEHARIAN

Nilai bekerjasama patut diamalkan setiap masa tanpa mengira kaum. Kita mestilah bekerjasama semasa melakukan sesuatu di dalam kumpulan supaya kerja itu menjadi mudah untuk dilakukan.

Selain itu, kita mestilah memupuk sikap jujur dan ikhlas dalam suatu pekerjaan yang kita lakukan. Di samping itu,kita juga perlu mengamalkan sikap ini di kalangan jiran-jiran agar dapat membentuk masyarakat yang aman dan makmur.

Kita juga perlu mengamalkan sikap mengambil berat terhadap rakan – rakan dan keluarga kita. Oleh itu, kita juga wajarlah menolong seseorang yang perlukan bantuan dalam kesusahan.

Seterusnya, kita mestilah berdisiplin dan beradap ketika belajar, beratur dan sebagainya.
Amalan ini patut kita pupuk supaya tingkah laku kita akan menjadi sopan dan beradap.

      Akhir sekali, kita wajarlah tanam sikap kasih sayang terhadap rakan – rakan dan ahli keluarga kita supaya dapat mengeratkan hubungan siratulrahim antara satu sama lain terhadap kaum yang terdapat di negara kita.