Monday 17 September 2012

karangan pergi bercuti di Pulau Langkawi

Karangan Nadhira dan Fatihah    
 Tajuk : Pengalaman Bercuti di Pulau Langkawi
 
        Pada cuti hujung minggu  yang lalu ,aku dan rakanku telah pergi bercuti di Pulau Langkawi . Apabila hari yang kami hendak pergi telah dinanti ,kami telah menyediakan barang – barang yang perlu dibawa untuk ke sana.     
      
       Setelah 3 jam kami pun telah sampai ke tempat yang dituju. Kami berasa gembira kerana perjalanan kami selamat untuk datang ke sini.Setelah tiba di lapangan terbang , kami mencari hotel untuk menginap selama dua  hari satu malam . Apabila sudah  menempah hotel, kami mengambil masa selama satu jam untuk berehat.   

    
        Selepas berehat selama satu jam,kami ke bawah untuk mengambil udara  yang segar. Selang beberapa minit , kami bercadang untuk mengisi perut yang kelaparan di restoran yang berhampiran. Kami tertarik dengan masakan yang sungguh lazat berhampiran dengan pantai.
         
         Kami bercadang untuk melihat keindahan matahari yang terbenam di atas jeti.Kami tidak menyangka bahawa begitu cantik apabila matahari terbenam .

        Pada keesokan harinya , kami pergi ke cafeteria untuk bersarapan pagi .Setelah kami selesai bersarapan, kami bercadang untuk  `pergi ke kedai cenderamata  kerana untuk membeli beberapa hadiah untuk dibawa  pulang. Ini sahaja yang dapat kami sampaikan.