Monday 25 February 2013

Aku sebatang pensel

       Aku sebatang pensel.Aku berjenama Faber Castell.Aku dibuat di China dan dihantar ke Malaysia untuk dijual.Aku dihantar ke sebuah kedai yang cantik dan dibungkus bersama kawan-kawanku di dalam sebuah kotak.


      Banyak orang datang tengok aku.Selepas beberapa hari seorang wanita membeliku. Dia membawaku pulang. Aku sangat gembira.Apabila sampai di rumah aku diberikan kepada anak wanita itu untuk digunakan sewaktu di sekolah.Budak itu mengucapkan terima kasih kepada ibunya.
    
        Keesokan hari,aku dibawa ke sekolah bersama kawan-kawanku.Pada waktu rehat aku dibiarkan sendiri di atas meja tuanku.Kawan tuanku,Galang masuk ke kelas dan membelek beg semua orang. Dia ternampak aku di atas meja tuanku dan mencuriku.Selepas rehat, tuanku mencariku tetapi tidak jumpa.

         Aku sedih kerana kawan baik tuanku mencuriku dan menggunakanku  dengan lasak tetapi aku gembira kerana dapat berjasa kepada tuanku walaupun wekejap sahaja.